20160104

cliche

sebenarnya tahun lepas umpama panah kilat untuk aku; iaitu terlalu cepat, tak sedar dan terangnya hanya sekejap (eleh). dan tahun ini pun dah menjejak hari yang tah-keberapa-aku-tak-nak-tahu, bila masuk pejabat dan aku tengok kelender yang aku tinggalkan beberapa hari lalu sebab cuti panjang dah tak boleh di gunakan lagi, dan berita buruknya aku tak ada kelender baru dan kelender lama masih aku letak atas monitor berikutan tak nak move on.

mahu ceritakan apa yang sudah jadi tahun lepas pun macam cliche tapi itulah hakikatnya, manusia memang suka mengenang. jadi untuk diri yang suka berpaut pada benda lama marilah aku bawa kau orang jalan-jalan bersama aku sekitar tahun lepas.

lebih kurang awal januari aku berjanji untuk menulis catatan hari-hari. ya aku berjaya tapi cuma untuk buku pertama, bila habis buku pertama aku malas nak beli buku baru lalu azam men-timeline-kan duaribulimabelas aku pun terkubur. awal tahun sambutan hari kemenjadian aku pun disambut secara sederhana bersama tiupan lighter di bilik tengah tingkat tujuh alam bina dihimpit bersama nota-nota periksa. ya januari mencatatkan momen terakhir bersama sahabat bertelaah mengejar periksa ketiduran di studio dan mencicip coklat panas secawan di tepi tingkap.

kemudian sekitar cuti aku menghabiskan beberapa buku yang masih belum dibaca di dalam gubuk di rumah sebelum sebulan kemudian berjuang menjadi budak trainee di petaling jaya dimana di sana aku memutuskan bahawa pengukur sesungguhnya bukanlah profession berjiwa aku.

tarikh habis trainee betul-betul sehari sebelum kelahiran bunga di dalam pondok kami yang juga dinamakan bunga oleh bapaknya. itulah klimaks untuk tahun itu. benar-benar pertengahan tahun dan enam bulan selepas hari kemenjadian aku yang ke dua-puluh-rahsia.

agustus dan bulan seterusnya aku dedikasikan sebagai bulan yang tidak wujud dalam kamus tahun itu sebab aku sendiri tak tahu apa yang berlaku bila sedar tak sedar hari bertukar menjadi 30 haribulan desember dan aku sedang menghantar borang cuti sehari dari menjadi pengukur untuk sambutan tahun baru di klang.

p/s; bila umur semakin meningkat, bukan bila-nak-kahwin jadi kegusaran aku, tapi bila aku masih belum berubah dan berperangai sama macam sepuluh tahun lepas