kurang dari 2 minggu ini dah nak mid term, jadual dah diambil dan pastinya lebih padat dari semester 1. subjek pengurusan dan matematik pada hari yang sama. agak-agaknya DR ZUL uji anak-anak muridnya yang berkaliber ini dengan soalan apa ya?
terangkan cara hendak memujuk wanita selepas terkantoi flirting didepan mata mereka?;
10 markah
pemilik kereta BMW mempunyai perwatakan seperti apa?;
markah bonus
jelaskan cara menguruskan janji temu dengan 12 anak dara.;
15 markah.
semenjak dua menjak ini, saya selalu lakukan perkara diluar kawalan. mulut dan lidah pula dah terkena badi AISYAM CUN. asyik-asyik nak lontarkan ayat yang kalau manusia sensitif terdengar boleh terasa.
'hai eca, hari ni tak pergi karoke kat pavilion dengan daddy zul??'
'hai eca, tiap-tiap hari selasa eca nampak comel. apa rahsianya??'
'hai eca, best tak jadi no. 13?'
maaflah eca, asyik-asyik nama kamu keluar. eca tak marah kan? saya hanya bergurau dan tiada tujuan memerli.tapi manusia-manusia lain mesti anggap sebaliknya.
saya dah buat sesuatu yang menyebabkan seorang sahabat rasa malu tanpa sedar. maaflah geng, serius ingat nak bergurau je. ahhh shafizah memang tak berguna. selalu ingat semua benda masih macam 10 tahun lalu, boleh gembira-gembira, gelak-gelak dan bila ada orang terasa senang-senang nak mintak maaf. itu zaman-zamam kanak-kanak rianglah. sekarang semua orang dah besar dan matang.lawak spastik riang ria dah tak laku lagi. dan hanya akan buat orang rasa jengkel dan menyampah.