pagi-pagi bangun macam biasa. cuma hari ini bangun awal sikit 1 jam sebab hari khamis yang indah ada kuliah macroekonomi bersama PN FATIMAH.
1) kejut cik roomate agar beliau tak terlepas kuliah pagi.
2) dengan rasa malas dan bebal tarik tuala dan seret kaki ke bilik air di hujung tingkat 7.
3) cuci muka dan sental jerawat berkali-kali sambil meratap-ratap tahap kesuburan cik jerawat.
4) mandi mandi mandi.
5) balik bilik dan lihat cik roomate sedang lepak-lepak di atas katil. saya buat kesimpulan bahawa beliau tiada kelas pagi hari ini.
6) dengan perasaan malas dan cemburu, saya sarung baju kurung warna merah menyala. dan tiba-tiba.,
'eh, ada kelas ke hari ini???'
'hehe adalah macam biasa...'
'ooo yeke ada kelas jugak...'
masih tersengih dan kemudian mengambil handphone torchlight dan lihat ada kiriman pesanan ringkas dari FADHILAH;
'HARI NI CUTI LA WEI.'
terbejat seketika. jeling sekilas kalender cik roomate dan berdasarkan pemerhatian pada tarikh 20 Januari 2011 merupakan hari THAIPUSAM.
oooooooo hari ini cuti rupanya.
cik roomate hanya gelak-gelak sebab beliau pun pelik, adalah kebiasaan roomatenya yang satu ni bergulingan tidur selepas subuh pada hari CUTI. pelik-pelik. inilah akibat apabila hidup hanya memikirkan masalah jerawat sampai cuti pun tak sedar. nasib memang baik, sebelum mandi ada hantar mesej tentang kewujudan kelas PN FATIMAH kepada fadhilah. kalau tak, alamatnya dah tercanguk konfiden seorangan di foyer D pagi tadi.
alang-alang dah bangun dan mandi, cadang konon-kononnya nak terus studi macroekonomi. percayalah duduk di meja belajar pada pukul 8 pagi sambil peluk APAU adalah satu cabaran yang tersangat hebat yang memerlukan iman yang kuat dan mantap.
selepas 2 jam kepala terlekat di meja belajar sambil saliva basi mengalir, beralih kepada sesuatu yang lebih selesa dan meyakinkan. cik bantal menyambut mesra.akhirnya, bermimpi sampai ke tengahari.
hari thaipusam yang indah.