hari ini bermula dengan mood kurang gembira. sistem pencernaan tak berfungsi dengan baik. saya tarik muka ketat sepanjang 4 jam tutorial pagi tadi. 1 jam pertama asyik-asyik sorok muka bila DR FARAH tanya soalan perundangan beliau. mood nak jadi pelajar menonjol dan asyik menyerlah dengan jawapan yang memberangsangkan hilang. biarlah HAZMAN jadi glamor seorang. malas nak rampas tahta. FADHILAH, SYAZWANI dan rakan-rakan lain meneruskan perjuangan mereka sebagai pelajar yang bijak.
maaflah saya tak sebijak dan secerdas gilang gemilang macam kamu semua.
masuk jam kedua, dah tak boleh duduk diam. pandang tutor kat depan kecik besar kecik besar. kepala dah terbayang C726 yang hangat nyaman dan bukannya BS1 yang sejuk macam peti ais.
nak balik nak balik..
perut dan usus tak mahu bekerjasama hari ini. kawan tegur, dia kata orang sakit perut tak ceria ini selalunya sebab tak sembahyang zohor. (berdasarkan risalah yang SAHABAT edarkan). saya agak terkilan bila beliau cakap begitu walaupun dengan niat hanya bergurau. hal perihal agama ini saya agak sensitif dan tak mahu jadikan gurauan. minta selisih malaikat44 kalau bab-bab ponteng solat. kecuali subuh yang selalu terlajak. sekarang sedang latih diri agar tak lagi buat subuh gajah mahupun subuh waktu zohor. cuba untuk bisukan diri bila beliau kata begitu. takut mood akan mempengaruhi nafsu amarah.
kelas IT dan akaun jadi tak seseronok minggu-minggu lalu walaupun pada dasarnya kelas-kelas tersebut sebelum ini memang tak menarik pun. dapat rasakan kelas akaun dah tak seteruja dulu.
saya selalu teringat penjaga koop. tak nak duduk UM boleh tak? nak masuk sekolah penang balik. nak belajar kira-kira dengan aisyamudden, nak dengar tazkirah adik, nak main buih-buih sabun dengan siti alifah, nak main dukung-dukung dengan kak long. ;(
tak nak duduk UM.