20110528

entri balas

pagi tadi bila bangun subuh, hujan dah mula renyai-renyai. tapi bila dah habis solat dan sedang lap-lap cawan kat dapur, hujan tiba-tiba jadi lebat dan gila. 5 minit lepas itu terus blackout. cuba teka, siapa nak buat kerja dalam gelap ditambah lagi dengan cuaca hujan pagi yang nyaman macam di Fraser Hill? jawapannya; tiada siapa. dan kalau ada pun yang pastinya itu bukan saya.

oh, yang kat atas ni hanya intro. macam karangan SPM, mesti ada pendahuluan kan.

sebenarnya saya nak buat entri balas pada seorang cikgu. saya tak tahu nak panggil apa? mungkin 'kakak' lebih sesuai sebab rasanya dia masih muda untuk dipanggil aunty oleh golongan umur saya. terima kasih kerana turut berkongsi pengalaman. ya, kita pernah ada kawan dari golongan yang begitu. seperti yang pernah ditulis; semua itu lumrah hidup. berdoa agar anak-anak kita, zuriat-zuriat kita tak tergolong dalam kategori 'kawan sandiwara' macam itu.

golongan ini sangat menyedihkan.

hah, bercerita tentang cikgu tadi. namanya akak riney dan mengajar di Sabah. senegeri dengan Ramlee Awang Murshid. saya jumpa blog akak waktu ke blog Zahiril Adzim yang masa itu buat entri mengenai filem pendek The Invigilator. komen akak agak menarik dan berbeza dari orang lain. jadi singgah dan lepas baca, saya pun jadi pengikut ke-19 artifak dalam botol. fakta; tak semua blog yang saya baca saya follow.

jadi kita sama-sama pembaca kawan-kawan yang kita suka dan peminat filem pendek yang bagus bukan?

kepada akak riney, semoga kita ada jodoh untuk jumpa satu hari nanti. lagipun, minat saya dalam profesion guru memang ada. mana tahu bakal buat praktikal di sekolah akak ataupun di sekolah anak-anak akak. tapi buat masa ni, biarlah saya habiskan sarjana 4 tahun dalam bidang pembinaan. jadi, kena tunggu dalam 7 tahun lagi kalau nak jadi cikgu KH. haha.

doakan.

sebenarnya, sambil-sambil menaip sambil-sambil tu juga dengar lagu hindustan. ok, shah rukh khan memang kacak. lagi-lagi waktu zaman muda-mudi bergetah berlakon dengan aishwarya rai.
ah tiba-tiba teringin nak tengok mohabbatein. jadi, macam karangan sekolah, bila ada pendahuluan mesti ada perenggan penutup. ini penutupnya. betul kan cikgu?