perasan tak,
selalunya kita akan lebih merindui seseorang yang pernah rapat dengan kita pada saat-saat akhir sebelum berpisah.
sebagai contoh, 5 tahun di sekolah menengah, berkawan dengan ramai orang, rapat dengan ramai orang, tapi 5 minggu terakhir sebelum tamat sekolah kita rapat dengan seseorang yang selama ini biasa-biasa saja dengan kita. dan percayalah, orang itulah yang kita akan rindu lebih bila dah tak bertemu.
waktu sekolah dulu saya tak ramai kawan, mungkin sebab saya bukan jenis berkawan. semua orang biasa-biasa pada pandangan saya. saya layan biasa-biasa, mereka layan biasa-biasa. bagi saya, lebih selesa macam tu. sekurang-kurangnya saya tak kumpul musuh. semua orang adalah kawan dan bukannya lawan.
tapi kadang-kadang ada juga seorang dua yang rapat sejak dari awal. sebagai contoh aina, kami berkawan sejak tadika hingga sekarang. dan tak kurang juga ada yang ambil kesempatan untuk rapat sebab ada agenda. dan setelah bocor rahsia, rupa-rupanya dialah si batu api masa awal-awal dulu. mengapi-apikan cerita untuk melagakan orang ataupun putar belit cerita agar diri nampak suci, mulia dan nampak ditindas. konon.
ah biarlah, cerita lama, tak perlu diungkit.
jadi, saya sebenarnya nak cerita pasal kawan yang kita rapat saat-saat akhir tapi akhirnya menjadi orang paling meninggalkan kesan. bukannya orang yang kita rapat pada awal, tapi akhirnya tinggalkan memori kurang baik untuk diingat.
tapi, selalunya akan rapat masa tu je. lepas dah berpisah dan kemudian bertemu balik mesti akan rasa kekok. yela, pastinya dia ada rakan-rakan lain yang lebih rapat sebelum tu. dia ada kawan-kawan sendiri, dan saya cuma seseorang yang datang lewat pada minggu-minggu terakhir. kenangan yang ada terlalu singkat dan tak banyak. tapi bagi saya, kenangan itu yang paling diingati sebab waktu itu saja saya rapat dengan manusia.
waktu lain, saya sibuk dengan diri sendiri. lagipun masa yang panjang menjarakkan hubungan.
kawan-kawan datang bertukar ganti.
semoga kamu-kamu tak pernah penat berkawan, mencari kawan, disayangi kawan, dicintai kawan, ditinggalkan kawan, dikhianati kawan dan kehilangan kawan. kerana semua itu lumrah hidup.