sebenarnya tujuan ambil cuti hari ni sebab nak pergi hari bertunang kak shima. seminngu awal saya book cuti istimewa sebab nak pergi majlis bertunang beliau. alih-alih duduk tersadai kat rumah sambil bersuka ria online. agaknya reputasi baik sebagai anak buah dah sedikit terjejas lepas ni. mesti ada mulut-mulut yang berbunyi mempertikaikan kenapa tak datang tengahari tadi.
'alah sipolan tu mesti malas nak datang, sebab tu dia tak nak tidur sini semalam.'
'si polan tu mesti serik kena dera mak yan buat itu ini masa si kak long bertunang. sebab tu lah sekarang tak mahu datang lagi.'
'alah kalau dah anak dara pemalas tu memanglah'
ah sudah paranoid tak memasal. tapi bila fikir balik, memang tak ada sebab pun kenapa tak datang. nak kata kerja tapi cuti. punyalah semalam memusing ayat auta kata ada kelas memandu pagi esok bila makcik-makcik ajak tidur situ. padahal kelas memandu tak wujud pun.
itulah lain kali cakap jujur dengan orang yang dah lama makan garam. kan sekarang ALLAH dah balas cash. jadi ini pengajarannya.
p/s; sudahlah pemalas, menipu pun tak pandai.