20110708

kucing ulat

ia seekor kucing yang membesar seperti kucing-kucing lain dalam sebuah rumah. diberi makan, tidur di tempat yang selesa malah jika berak merata pun masih ada yang mahu bersihkan.
kemudian kaki kanannya mula berbisul kecil dan melarat. mula-mula diendahkan bisul, mungkin hanya bisul biasa. selepas beberapa bulan, bisul membesar dan si kaki dihurung lalat. dan bila dah berlalat pasti akan bertelur. minggu-minggu kemudian isi kakinya sudah merobek dimakan ulat. ulat-ulat putih yang gemuk boleh dilihat menggeliat geliut dalam isi kaki yang kini nampak tulang. sangat menjijikan dan sadis.

dan si kucing hanya mampu duduk bersandar tenat disebalik dinding batu luar rumah.

ada satu hari, cubaan si kucing untuk berehat di dalam rumah yang lebih selesa. anak tuan rumah menjerit-jerit dan diambil batang penyapu lalu diketuk-ketuk kepala kucing agar cepat berambus. isteri tuan rumah menggeleng dan hanya mampu berlisan dalam hati;
bila tengah cantik, semua orang peluk sayang timang.
tapi bila sakit, busuk, berulat, dihalau diketuk dan diharap mati cepat.

dan malam ini ia si kucing ulat dah mati.

manusia memang satu ciptaan berotak yang zalim dan hanya pentingkan diri. maafkan kami kucing-kucing.