20110722

masa

mungkin jarum berputar agak lambat julai kali ini. itu saya kurang pasti. tapi yang agak pelik, hari-hari yang berjalan terasa sedikit laju di luar kebiasaan. maklumlah, sibuk bekerja. ya, itu salah satu alasan sterotaip. tapi nak buat macam mana bila 2 orang pekerja esso berhenti mengejut awal bulan kemarin. jadi terpaksa mengerah otot bekerja lebih masa menyamai hasil kerja 2 orang.

moga-moga gaji bulan ini agak masyukkk.

dan budak-budak seusia pula sedang rancak ber'chatting' di muka buku mengenai keputusan UPU yang dah keluar, saya juga nak berkongsi rasa syukur. alhamdulliah TUHANku ALLAH.

catatan mengenai ijazah sarjana muda mungkin akan ditaip di entri lain. malam ini tiada kesempatan. isu pasal BERSIH pun saya malas nak komen. bagaikan pertelingkahan anak-anak kecil yang tak matang antara 2 geng bas sekolah. itu sarkastiknya.

ya, masa berjalan lagi. kali ini berlari pula. buktinya,ada lingkaran kusut dan gelap keliling mata. ok, masa tamat dan selamat malam dunia-dunia.