ramadhan yang mulia. kali pertama berramadhan di klang selepas 6 tahun berpuasa di perantauan (aicecece). tapi itu hanya peluang yang separa cerah. hakikatnya buka puasa kali ini masih berbuka sendiri tanpa PN ITA, EN YUSOP dan FIRDAUS. terpaksa berkejaran menjaga kaunter dan menyuap nasi saat azan dah habis. kudrat masih dikerah sehabis boleh oleh para eksploitasi manusia. dunia oh dunia.
jadi ramadhan kali ini sebenarnya tak semanis yang lepas-lepas. selain kesuntukan masa menguruskan hal-hal kemasukan universiti, saya ditekan oleh majikan agar tidak berambus(resign) lebih awal. khidmat juruwang masih diperlukan bila ESSO masih kekurangan tenaga kerja. dan kondisi EN YUSOP yang tak sihat berkerusi roda menambahkan sikit masalah. maaf, abahku sayang bukan satu beban ok. cuma bila abah dah tak boleh memandu, terpaksa mengharap orang lain untuk hantar ke sini sana. padahal terlalu banyak benda yang terpaksa diuruskan dengan cepat. tambahan bulan puasa, ramai kakitangan awam yang sibuk nak bercuti sana sini menguruskan keluarga.
dan saya sekarang, rasa terlalu loser sebab TAK TAHU memandu langsung. sama ada kereta ataupun motor. itu tekanan dalaman yang datang dari diri sendiri. jadi, semua perkara yang dibuat terpaksa mengharap dan menyusahkan orang lain. terasa terbeban dengan budi-budi yang ditaburkan. Ya ALLAH, semoga mereka-mereka sentiasa dalam rahmat, rezeki dan perlindunganMU
sijil berhenti sekolah masih di Penang. menunggu masa untuk diambil. itupun mungkin hanya dapat selesai pertengahan ramadhan. dan medical check-up untuk bakal pelajar UM sangat melecehkan. terpaksa buat di swasta. dan biasalah sistem penswastaan yang mahal selalunya menindas golongan rakyat kurang kemampuan.
itu semuanya tekanan yang berlaku disaat masa menghimpit-himpit macam nasi lemak basi. persediaan aidilfitri memang tinggal kenangan. kalau ALEESHA FARHANA tak sempat pakai baju raya yang dah siap, saya pula tak sempat nak berangan untuk ada baju raya.
sedih, tertekan, penat, terlalu sibuk, kemurungan.
Ya ALLAHku, permudahkanlah sesuatu yang susah kerana sesungguhnya KAUlah yang maha memudahkan sesuatu perkara.