manusia suka membenci dan kerap dibenci.
kadangkala kita benci mereka yang tidak membenci apa yang kita benci.
kadangkala kita benci mereka yang membenci apa yang kita tak benci.
kita pula dibenci mereka yang membenci apa yang kita tak benci.
dan begitu juga sebaliknya.
saya bukanlah si propembangkang. dan bukanlah si kaki jilat punggung kerajaan. buat apa nak beria berpihak dengan orang ini atau orang itu. kamu pungpangpungpang bergaduh bela pemimpin kesayangan boleh dapat bonus pahala ke? hanya ALLAH yang tahu siapa di pihak yang benar. atau sebenarnya, tak ada siapa pun yang pernah benar.
tapi biasalah jiwa remaja memang suka memberontak. cukup pantang apabila apa yang kita pegang dan percaya dicemuh dan tak diterima orang lain. jiwa saya jiwa rebel. fasa 'telan bulat-bulat' dah lama berlalu. setiap tindakan dan perubahan atmosfera akan dipertikaikan. biasalah, itu semua proses kehidupan. membesar, berfikir, bergaduh, berjaya, jatuh. dari situ kita akan belajar.
buat masa ini, saya masih di fasa remaja yang mahu segalanya direvolusikan mengikut jiwa muda. belum lagi di fasa matang yang pungpangpungpang berpolitik demi 'keperluan rakyat' walhal semuanya untuk kuasa dan kedudukan. hasilnya rakyat terus dipijak ekonomi dan masalah sosial. yang berkuasa bergaduh macam budak-budak hingusan berebutkan harta rakyat.
jadi kesimpulannya, saya benci politik. jadi ada sesiapa yang benci saya?