20110914

minggu pertama

jatuh sakit. jadi ini dugaan pertama semenjak masuk sekolah. cuaca di bangsar tak menentu bila berturutan panas minggu lepas dan tiba-tiba hujan tanpa henti minggu ni. kemarin disebabkan tersalah tafsir ramalan kaji cuaca, kami berjogging dalam hujan. bajet macam dalam drama, lari-lari dalam hujan sambil diringi muzik 'masihkah kau ingat'. kononnyalah. mungkin itu antara sebab boleh jatuh sakit, akibat tertelan air hujan separa asid.

syukur Tuhan sebab minggu pertama sekolah tak terlalu sibuk. agak pelik bila pelajar ukur bahan boleh duduk senggang sambil goyang pinggang dalam bilik, walhal budak-budak pegurusan hartanah ke hulu hilir pergi kelas. budak ukur bangunan pun boleh tahan lepak lagi, bakal-bakal arkitek tahun pertama sibuk dengan aktiviti turun temurun untuk freshie, minggu arki. disebabkan kami tak ada sel-sel mahupun DNA arki yang mengalir dalam tubuh, jadi agak segan untuk pergi ke majlis penutup minggu arki malam ini.

pagi tadi dapat panggilan dari leftenan adibah dari palapes (pasukan latihan pegawai simpanan). beliau pesan hari isnin nanti ada tapisan keselamatan untuk pelajar tahun pertama yang nak sertai palapes. rupanya doa pada ALLAH yang tak seberapa itu diangkat. kalau ada rezeki, mungkin akan jadi sebahagian pelajar tahun pertama yang diserap masuk dalam skuad Palapes Laut. saya masuk palapes ok. ada percaya??

esok kelas pengukuran kerja bahan, teknologi bahan dan analisa data. rasa panas badan dah mula reda lepas telan panadol cik roomate. roomate saya baik hati, silalah cemburu.

terakhir, saya suka pensyarah pengukuran kerja bahan. personaliti beliau buat kami fikir empat lima kali. seseorang yang bertatih dari bawah dan akhirnya menjadi seorang yang gah dan berjaya, namun tak pernah lupa matlamat hidup sebenar seorang manusia. walau betapa hebat pun kita sekarang, kita tetap tercipta dari sesuatu yang hina, hanya dari telur dan sperma, dan penyudah untuk dunia adalah akhirat. itu sebenarnya matlamat hidup kita. - secara rawak dari PM Dr Sr Khairuddin Sulaiman. kool kan?