dia seorang yang
tak suka berkawan
tak banyak bercakap
suka menyendiri
jarang tersenyum
setia dengan hobi
sukar difahami
berada dalam dunia sendiri
dan pada sisi yang lain, dia sebenarnya
sangat menghargai persahabatan
riuh keletah dengan yang rapat
sentiasa berharap untuk duduk dalam jamaah (kumpulan)
senyuman ikhlas
berkongsi hobi
cuba memahami orang lain
sentiasa pastikan dunianya tak menyusahkan dunia orang lain.
tadi baru dapat wang tunai rm384. jumlah gaji setengah bulan yang masih belum diambil. baguslah sebab dengar cerita ptptn untuk kelompok kedua bakal dapat lewat. sekurang-kurangya duit yang ada boleh tambah tokok duit makan atau buku yang tak cukup.
mengenai hari yang bahagia hari ini, sempat berjalan-jalan di blog manusia-manusia. cik roomate simpati bila beliau tengok follower ruang lingkup tak cecah bilangan jari 1 tangan. dan beliau bagi cadangan supaya rajin-rajin blogwalking. sebenarnya tak berapa nak kisah sangat pun. blog ni ditaip atas kepuasan diri sendiri, terpulang sama ada ada yang nak berkongsi ataupun tak. jadi jumpa banyak juga blog tadi; senior, pembantu mahasiswa, kawan lama. disebabkan terlalu banyak masa yang nak dibuang jadi blog mereka dibaca sehelai-sehelai. harap tak kisah ok.
dan pengumuman, kondisi mood tak berapa nak baik bagi permulaan minggu ini. harap maaf kepada sesiapa yang tersinggung kerana muka yang mahal senyum, mulut yang tiba-tiba bisu, tindakan yang kadangkala terlupa kewujudan orang lain. maaf.
3 hari entri berturut-turut. mungkin kak riney patut fikir balik sama ada saya ini penulis tegar ataupun tak. hmmm, ataupun mungkin separa tegar.