malam ini balik klang. agak berjanggut juga tunggu FIRDAUS tak sampai-sampai lagak macam klang dan bangsar jauh melebihi 2 marhalah. kebetulan kat foyer blok D tak ada sesiapa yang boleh dijadikan teman bersembang. agak bosan. dengan latar hujan renyai-renyai tiba-tiba mood nak berpuisi datang. tapi lepas tiga empat baris susun puisi terus berhenti, idea semua macam taik. jadi terhasillah puisi separuh jalan yang macam taik juga.
chill lah. ini baru warm up. pergi vendor machine sekejap dan tekan air twister perisa epal sebotol. kot-kot boleh dapat idea mahal dengan air 2 ringgit. jadi sambung susun puisi tadi elok-elok gaya macam seorang aristotle berjantina wanita yang baru hidup 19 tahun.
malam, malam kali ini kelam
malam kali ini tanpa bintang
yang ada hanya rintik-rintik air yang jatuh dari langit barat
tiada terang atau cahaya
kenapa malam kali ini tak seperti semalam
walaupun semalam tanpa bintang tapi tak terlalu suram
anak-anak anjing gigil sejuk di balik batu
ada yang hampir jatuh longkang
aku harap malam esok tak seperti malam ini ataupun malam semalam
yang gelap, suram dan tak berbintang
sebab aku pun tak berharap
untuk jatuh longkang
mungkin hasil yang ini lebih baik berbanding percubaan pertama tadi. (?) ok, saya tak perlukan apa-apa komen dari sisi dunia. rasanya air mahal pun tak boleh bantu manusia buta seni tiba-tiba jadi sasterawan.
sebelum terlupa, hari ini hari lahir PN ITA. semoga umur selepas 57 lebih bermakna dari umur yang sebelum itu. i love you always.