awal minggu ni bermula tak sibuk disebabkan kelas yang asyik batal dan juga cuti deepavali. saya menaip entri curi-curi waktu sedang siapkan assignment bahasa inggeris menggunakan lappy cik roomate. kalau beliau tahu lappy beliau disalahgunakan untuk berfoya-foya, pasti beliau marah. (cik roomate; maaf)
jadi, tadi lepas kelas berakhir ada meeting pendek tentang tugasan tesis subjek analisa data. saya dah dapat bahagian kerja sendiri dan kerja tersebut sangat banyak. sebenarnya banyak kerja yang menuntut komitmen sepanjang hujung tahun ni; aktiviti kolej, tugasan sekolah, silat dan terbaru palapes. tiba-tiba tamak berharap supaya ada 4 tangan, agar setiap tangan boleh pegang setiap 1 perkara. tapi tahu, masa agak terbatas dan hanya perlu pilih mana yang perlu. jadi selamat tinggal aktiviti kolej. silat kesayangan saya, mana mungkin akan tinggalkan silat untuk benda lain. palapes pula penting untuk stamina dan disiplin. harap keputusan ini yang terbaik.
dan tadi jawab exam online untuk biasiswa bank rakyat. jiwa saya macam langit bangsar yang asyik hujan. hanya dapat jawab 50 peratus soalan sebab loading internet kat fakulti sangat lembab. hanya berserah pada Tuhan tentang rezeki biasiswa yang ini. kalau tak dapat juga alamatnya kenalah berhutang rm28k dengan ah long kerajaan. tapi terima kasih sangat-sangat untuk nurul, fatin dan hida yang turut perah otak untuk jawab soalan tadi. (korang; semoga ALLAH merahmati kalian)
jumaat nanti pukul 9.30 malam, pergi latihan silat dan mungkin akan habis dalam pulul 12 malam, sampai bilik mungkin dalam pukul 1 pagi. esok paginya pukul 5.50 pagi dah kena ada depan kolej tunggu trak 3 tan untuk pergi temuduga palapes di KD Sri Klang. risau, resah, tak bersedia. harap-harap semuanya berjalan dengan baik.
p/s; terima kasih ALLAH atas ketenangan yang datang. rezeki Kau di mana-mana. aku percaya.