20111020

surat untuk tuhan

sekali lagi masalah datang. rupanya banyak khilaf yang dibuat sebelum ini, yang sudah jadi darah daging yang sebati dalam diri. dan sekali lagi tuhan turunkan sesuatu ujian sebagai tanda Dia sedang berkomunikasi dengan hambaNya. dan sekarang, Tuhan sedang berbicara dengan saya.

dugaan yang datang bukan pada masanya itu sebenarnya 1 ujian.

dear Allah, terima kasih kerana selalu sayang padaku, selalu mahu berbicara denganku, selalu mahu buat aku lihat cara untuk bangun apabila terjatuh, selalu buatku nangis agar aku akan lebih menghargai senyuman, dan kerana selalu ada disisiku. terima kasih Tuhan.