20120229
apa ni?
p/s; ini bukan kejadian yang berlaku hari ini, tapi hari lain.
ada sesuatu yang menyekat otak sekarang. saya cuba hilangkannya dengan cara bersiar-siar di bukit cinta pada waktu petang. berkesan. 'sesuatu' itu hilang. tapi masalahnya, kesannya tak lama sebab 'sesuatu' itu datang balik selepas beberapa puluh minit selesai bersiar-siar. jadi macam mana ya nak hilangkan 'sesuatu' itu?
bila di sekolah pun begitu, prof K masuk lambat kelas pengukuran. saya perhati kawan-kawan yang ceria berbual. macam-macam cerita keluar. saya turut ceria. tapi saat itu juga 'sesuatu' yang menyekat otak itu datang lagi. berjaya buat minda bejat. otak terus berjalan keluar dari studio ukur dan pergi duduk di tangga bangunan. apa otak itu buat saya pun tak tahu.
otak sedang bergaduh besar dengan 'sesuatu'. dia kata; tak cukupkah kau buat tuan aku galau hah?!!
otak keluh sedih.