20120307

bersyukur


saya tak ingat bila. tapi yang pasti waktu itu saya baru keluar dari perpustakaan utama dan cuaca berlatarkan hujan rintik tanpa angin kuat. dari dalam library lagi saya nampak susuk tubuh seorang pelajar yang bertongkat. 

dan saya kenal dia. aisyah namanya. 

dia berkelakuan seperti mahu melangkah tangga depan library. tapi disebabkan keadaannya yang buta, pergerakan dia nampak terbatas. seorang pelajar foreigner lelaki (iran mungkin) cuba pimpin dia, tapi dia tolak secara baik. saya masih jadi pemerhati dari jarak 5 langkah. bila foreigner tadi dah tak ada baru saya dekati aisyah.

saya pegang tangan aisyah dan sebut namanya. kemudian tanya dia mahu kemana berseorangan begini. dia jawab dengan ceria, katanya menunggu seorang kawan di depan library. kami berbual sebarang dua dan kemudian dia bertanya saya balik.

hmmm siapa ni ye?

haaaa cubalah teka ;)

dia ambil masa tak sampai 10 saat untuk teka nama saya dengan betul. ya, dia cam suara dan masih ingat nama yang bersesuaian dengan suara itu. padahal kali terakhir kami berbual tahun lepas, sekitar bulan oktober. berbeza dengan orang yang ALLAH kurniakan celik, bukan setakat suara tapi nama pun susah nak terlekat dalam otak walau dah berjumpa banyak kali.

jadi, banyak yang berlegar-legar dalam otak saya selepas beberapa langkah berjalan. saya ada mata, tapi tak dia. saya ada hati, begitu juga aisyah. tapi samakah hati saya dengan hati dia? kadang-kadang saya terfikir adakah dia menyesal ditakdirkan hidup kekurangan deria. adakah dia pernah marah pada TUHAN sebab jadikan dia begitu? macam mana pula dengan saya? ada hati dan mata tapi kedua-duanya tak bersih, tak terjaga. kalau macam kes saya siapa yang patut marah? saya? ataupun ALLAH?

kita selalu pandang orang lain sempurna dan kerap tak puas hati bila tak dapat itu ini. orang yang kita anggap sempurna pula akan pandang orang lain sempurna pada mata dia, dan merungut-rungut 'ketidaksempurnaan' diri sendiri. begitulah seterusnya.

manusia mana ada yang sempurna. hidup kalau sucks macam mana pun kita harus terima. terima dan bersyukur, sekurang-kurangnya ALLAH masih mahu beri yang terbaik untuk kita. jadi, jalan hidup kita yang konon-kononnya sucks itu sebenarnya aturan Rabb.



membutakan hati pada nikmat? gelapnya tak tebayang.