20120223

isi perut


seorang manusia didiskriminasikan, dia kemudian bertindak mengeluarkan sebuah buku buruk yang mengumpulkan segala tulisannya. lalu dia catat isi perut yang bejat yang menggambarkan emosi kacaunya melalui susunan ayat. ayat-ayat yang membentuk puisi.

keterbalikan realiti tidak akan
merubah bentuk manusia kepada malaikat
yang jatuh dari langit itu hujan
dan bukannya bulan
manusia dan malaikat jauh bezanya
hujan dan bulan pun tidak akan sama
tapi bukankah semua itu milik Tuhan
jadi, beza atau sama itu hak pertanyaan siapa selain DIA?
-tiada.

setiap kali perkara buruk atau baik terjadi, dia akan buat begini (menulis dalam buku buruk) terkadang, hampir selalu. rasanya saya patut nasihatkan dia supaya tak buat aktiviti begini lagi, ataupun cuba kurangkan sedikit. dia patut lebih banyak bergaul dan berkawan. kan?


p/s; kelas pengukuran tengahari tadi bising betul. pungpangpungpang