20120219

puisi azam untuk suci


ke kiri kubuntu
ke hutan kuhilang
ke timur kukosong.
aku terus bosan dan tertekan seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
jauh ke dasar kerak bumi yang belum pernah diterokai.
warnaku rindu, jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus,
kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada...(kau)
kini harus aku terus menunggu, atau hilang saja aku dilautan luas?