20120206
nasihat depan cermin
seni komunikasi ALLAH pada setiap satu hambaNYA itu berbeza, unik dan halus.
keputusan semester 1 dah dapat. terima kasih ALLAH, masih bagi pointer yang terlalu baik jika nak dibandingkan dengan usaha yang tak seberapa. kawan-kawan yang lain semua dapat dekan. alhamdulillah, mereka inspirasi dan tukang ketuk saya untuk semester 2 ni agar tak terlalu banyak main. =.='
untuk kejohanan silat Taming Sari UKM, saya dapat lebih dari berharganya sebuah pingat. 2 minggu yang penuh tekanan, sorak, makan, air mata, gugup, ilmu, ikatan dan paling penting pengalaman.
bagi saya biarlah berita kurang baik datang bertimpa-timpa. sekurang-kurangnya akan menangis ingatkan tuhan (macam sehari sebelum silat seni di UKM) berbanding nikmat yang bergolek-golek. khuatir itu salah satu tanda istidraj ALLAH. kun fayakun kata tuhan, dan nikmat boleh bertukar malapetaka dan sebaliknya.
sekecil-kecil nikmat dariMU, teramatlah besar bagi aku.
jadi, dah mula susun jadual untuk semester dua. 20 jam kredit ditambah dengan festival seni bulan 3 dan latihan pemantapan regu puteri untuk silat seni. ok buat masa ini fokus 3 benda. kurangkan main, kurangkan berangan. isu kasut-kanan-yang-dimimpi pun tolak tepi. dan jaga kesihatan. internal dan external.
p/s; tarik nafas dan hembus. berdiri depan cermin sambil sesi nasihat jiwa dan luar jiwa.