20120205

part 3


seorang gadis berbaju merah berbutang bentuk hati berjalan turun tangga ke stesen komuter bawah tanah. seorang lelaki berkaca mata bingkai petak berjalan melawan arus. 2 langkah selepas berselisih, lelaki berkaca mata bingkai petak tegur gadis lawan arusnya.


bingkai petak; eh awak, hati awak terjatuh.
berbaju merah; oh terima kasih.


lelaki berbingkai petak serahkan butang bentuk hati milik gadis berbaju merah. dan lelaki berbingkai petak berpaling untuk teruskan haluannya.


berbaju merah; eh awak!
bingkai petak; ya?
berbaju merah; kenapa hati saya retak?





p/s; hilang dalam ramai. terpaut bayang sendiri. terperangkap dalam mimpi.