kisah 1,
dulu kita pernah berlari bersama, berpegangan tangan, menjual janji, mata kita saling bercumbu. tak mahu lepas, hangat.
tapi hangatnya terputus, berganti dengan lelehan air hidung dan mata kerana terpisah jauh.
pabila malaikat datang menawarkan dia jodoh yang lain, yang mana ucapnya; itu susunan tuhan,
dan dia memaut jemari jodohnya erat, sehingga lahirlah zuriat, dia dan jodohnya.
tanpa tahu siapa-siapa.
lalu kembali dia pada masa sekarang, dengan kejutan. dan janji-janji kita yang dipegang itu rupanya tak ada makna. yang mana ucap dia pula kini; itu bukan susunan tuhan.
oh, begitukah?
semudah itu janji dijual dibuang, kelongkang. lalu matilah kasihnya menelan janji-janji sehidup semati yang tak tertunai.
semudah itu janji dijual dibuang, kelongkang. lalu matilah kasihnya menelan janji-janji sehidup semati yang tak tertunai.
p/s; seringkali tak ada idea nak menulis kispen baru.