20120621

review chow kit

ok ini salah satu filem yang ditayangkan pada bulan mei 2012. taruhan pasar chow kit dan anak-anak gelandangan sebenarnya sangat menarik macam magnet. lagi-lagi poster Chow Kit yang nampak sangat 'kotor'. trailer pun menggambarkan perjalanan hidup di chow kit yang tak indah. jadi saya jangka Chow Kit salah satu filem noir yang sangat bagus, ataupun sama bagus dengan Songlap.


cerita ni terbahagi kepada dua bahagian, yang mana saya sendiri baru sedar bila dah tengok. bahagian pertama mengenai anak-anak chow kit yang punya ibu dan ayah tapi membesar dalam keadaan yang tak terurus. 

ajik dan tika anak pelacur (ibu-ibu dua budak ni kawan baik), achat dan redha adik beradik pula anak penagih. cerita pertama lebih saya suka dari cerita kedua, mungkin sebab dia gunakan kehidupan kanak-kanak yang tersepit tanpa tahu banyak lagi benda yang akan mereka lalui bila dah besar nanti. membuatkan kita fikir yang kerosakkan anak-anak remaja begini sebenarnya berpunca dari kejahilan ibu bapa.
ada maksud yang cuba ditinggalkan bila tika yang baru balik dari meniaga jamu dengan kawan-kawan (untuk kumpul duit beli bola) terjumpa dengan seorang lelaki yang baru selesai buat hubungan dengan ibunya. dan kemudian tika masuk bilik dan tutup badan ibunya yang sedikit terdedah, lalu dia baring tidur sebelah ibunya dan kemudian peluk wanita itu.

nampak tak permainan disitu.

kalau anak tok imam pun boleh terlanjur buat perkara keji, ini apatah lagi ajik dan tika yang membesar tengok ibu sendiri buat perkara macam itu. semuanya atas nama duit.

achat dan redha pun dua watak yang ada simbol. betapa achat sayang adik dia. mereka tidur bawah jambatan dengan ayah. waktu redha demam, achat masak air sungai klang dan bagi adiknya minum dengan panadol. dan dia selimut redha guna towel sampai menangis-nangis, mungkin sedih tengok redha menggigil demam. dan dua beradik ni kerjanya minta sedekah dan duit itu diberi pada ayahnya untuk beli dadah. tapi dalam cerita ini ayahnya tak kejam pun, dia tak pukul achat atau redha kalau mereka tak bawa balik hasil banyak. cuma boleh nampak riak sedih ayahnya sebab tak dapat jadi ayah yang baik dan beri yang terbaik untuk anak-anaknya.

menunjukkan betapa bila seseorang itu dah terjerlus dengan dadah dan perkara sosial, sebenarnya bukan senang untuk balik ke pangkal. contoh, ayah achat dan redha, dia sedar dia ada tanggungjawab sebagai ayah dan dia sendiri sangat sayangkan budak-budak tu, tapi disebabkan dia dah terjebak dengan dadah, dia butakan mata untuk lihat segala realiti. dan terus menikmati khayalan dadah yang merosakkan.

penghujung cerita bahagian satu bila budak-budak ni kejar seorang lelaki yang dah buat benda tak elok pada tika. nampak kegeraman ajik bila dia pukul lelaki tu pakai kayu sungguh-sungguh sebab dia sendiri nampak lelaki tu buat benda tak baik pada tika.

tengok, budak-budak pun fahamlah benda-benda tak elok macam itu. anak-anak suci bersih, didikan ibu bapa menentukan luas atau tidak jalan yang bakal mereka lalui.

tapi cerita ini hanya kuat dari segi sinematografi. jalan ceritanya agak mendatar. dan saya setuju bila ada orang kata ceritanya tiada klimaks. hampir sehebat Songlap tapi tak capai tahap Songlap yang lebih padat dan berplot. 

cerita bahagian keduanya kalau tak wujud pun tak apa. 


lagu ni pula menceriakan chow kit yang gelap dan kotor kerana manusia-manusianya.