si wanita dan si lelaki.
nisa terlihatkan rijal sudah lama. kelibat yang kekadang muncul dan hilang disebalik teman-teman kelas yang lain. teman-teman kelas yang baru semuanya, jadi tak mustahillah kelibat rijal hanya tenggelam timbul dalam hari-hari barunya. nisa hanya melihat bila dia ternampak, iaitu bila rijal tiba-tiba muncul di celahan rakan-rakan lain.
nisa simpulkan yang lelaki itu misteri.
tidak ditahu namanya, tidak ditahu dari kumpulan mana, tak pernah bercakap, tidak tahu berteman siapa, asal usul, semua. yang nisa tahu hanya wajah.
sehingga waktu peperiksaan akhir terakhir di dewan, nisa tertoleh kebelakang dan ternampak rijal hanya beberapa meja dibelakang. nisa amati kad kuning di tepi meja yang tertera besar namanya sendiri dan nombor pengenalan pelajar. yang mana setiap meja dilengkapi kad tersebut. 'ini saat untuk curi tahu nama rijal!'
ohh, dan nama rijal sebenarnya itu.
tanpa sedar disebalik pintu dewan, rijal perhati lalu berlalu, dan tersenyum.
rijal bisik dalam hati; tuhan, setelah setahun dia dihati, jika dia benar jodoh, peliharalah dia sebaiknya.
si nisa dan si rijal
si wanita dan si lelaki.