berdurasi sebulan lalu, bersama 20 kepala kami berlompat bintang, beregangan dalam bulatan, bercinta dengan bukit cinta, makan semeja dan bergambar macam-macam, gila-gila. dan semuanya bernoktahkan semalam. kemudian dalam tempoh sebulan setengah lagi kami bakal berjumpa semula untuk pastikan rezeki yang lebih baik berbanding hanya 1 gangsa di johor
mungkin ditemani muka-muka baru
kasut-kasut baru
adik-adik baru
gambar-gambar baru
seluar-seluar baru,
atau semuanya.
cuma harap tak ada kaki berbungkus, kepala berbalut, hidung berdarah lagi. yang pasti semua yang ada sekarang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.
cinta sayang ALLAH ketat-ketat =)