20121003

minggu jaga kedai

semakin sibuk, semakin kosong.

itu yang saya rasa sekarang. dalam sibuk berpeluh dan berkejar ke sana sini, otak saya masih mampu terselit sesi-sesi termenung. memerhati dia begitu, melihat yang ini pula begini. yang sana pula dengan gayanya. setiap satu dengan cerita masing-masing.

dalam pada itu pun saya tersempat jatuh suka, pada seseorang. tapi jangan risau. suka yang kemudiannya patah bila dapat tahu lelaki kaca mata itu penjaga booth mahsiswa sarawak. tak mahu mama nangis bila saya dan suami gagal pulang beraya (?)

bukan itu yang mahu saya cerita.

rupanya konsekuensi apabila sibuk ialah; kita akan jumpa dengan pelbagai manusia yang beragam. yang diluar tak sempurna tapi dalam macam awan gebunya. yang diluar manis dan baik, tapi dari dalam mungkin diluar apa yang kita fikir.  semakin ramai manusia semakin aneh-aneh.

kita juga akan jumpa kawan mana yang akan sentiasa menyokong kita disebalik sibuk kita berkejar dengan masa. kawan mana yang akan sentiasa membahu semangat kita tak kira apa yang kita pilih.

dan saya; untuk minggu ini masih sibuk. mungkin berlarutan sampai minggu depan. untuk mama, abah, kak Ada, jentera oren, lelaki penjaga booth mahasiswa sarawak, adik-beradik gayong sekalian, sahabat OKU bertongkat yang besar jiwa; terima kasih kerana mengisi minggu-minggu sibuk saya dengan warna-warna pengalaman ;)