bagi saya tidur awal pada malam hari dengan kenyenyakkan bayi dan bangun pagi dengan rasa segar adalah satu kenikmatan.
nikmat.
tapi malam ini, walaupun waktu matahari saya tak betah duduk di bilik malah berpanas di kompleks perdanasiswa, saya tetap hilang kenikmatan tidur nyenyak. jadi saya duduk menaip di meja dengan mata bulat. menghitung waktu-waktu padat saya sepanjang matahari naik dan bulan mengganti tempat hari ini.
dari pagi sampai ke malam; jaga booth, jalan-jalan dengan kak aisyah, ketemu qila, hantar jubah konvo, ke gelanggang gayong pada malam hari. aktiviti paling seronok hari ini pastilah bila dapat bersama dengan keluarga gayong yang besar, yang semakin besar dengan pertambahan adik-adik dan sahabat-sahabat baru. yang mendidik saya lebih bersifat lembut dan ke'kakak'kan.
;)
tapi dalam asyik bersibuk dengan aktiviti luar kuliah, saya harap fokus pada nota dan pensil tak lari. projek integrasi mula nampak pangkal walaupun ahli kumpulan sibuk dengan hal masing-masing. pembelajaran kira-kira bumbung semakin seronok. nota-nota mula membukit dan masih tak sempat diulang baca. sekolah untuk tahun kedua semakin menuntut kelajuan otak mencerna ilmu-ilmu baru.
cuma walaupun dalam sibuk, permulaan semester kali ini saya rasa penuh dengan bless.
semakin ramai manusia memanglah semakin aneh-aneh, tapi semakin aneh-aneh semakin kita rasa ianya melengkapi ketidaksempurnaan yang kita ada.
p sayang s; Ya Al Fattaah, alhamdulillah, alhamdulillah. ^^