20121219
renjer
bak kata wani ardy; kita takkan kecil hati dengan seseorang melainkan kita ada hati dengan dia. jadi ia adalah sesuatu yang diluar kawalan jika tanpa sedar kita terasa hati dengan mereka yang hampir dengan kita. mungkin kadangkala hanya disebabkan sebatang pensil, secubit roti, seketul ayam goreng ataupun apa-apa sahaja benda yang remeh-temeh.
kemungkinan untuk jauh hati adalah tinggi.
lagi-lagi bila setiap barisan kawan kita terdiri daripada pelbagai perangai, ragamnya. tapi itulah sebenarnya adat berkawan. kalau garfu hanya berkawan dengan garfu, macam mana nak hirup sup tanpa ada sudu bukan? tanpa sedar kita sebenarnya saling memerlu, saling melengkapi.
seperti power rangers yang tak gagah kalau hanya seorangan, begitu juga kita. setiap warna mewakili keunikan, kepelikan dan keanehan masing-masing. dan apabila warna-warna itu bersama, gabungan itu akan lebih berperisa, lebih kuat dan lebih ragam. (haha)
kalian; mungkin kita ada salah tanpa kita sendiri sedar, tapi kesalahan itu bekasnya cuma sementara di hati yang lain. jadi jika yang lain pula ada tersilap atau terlanjur, mampukah kita untuk buat yang sama pada mereka?
aku yang kool (?) sebenarnya malu mahu mengaku ini; aku sayang kalian dengan warna-warna yang memeningkan dan pelbagai itu. aku doakan sentiasa ikatan ini.
p/s; dengan enam warna renjer bergabung barulah kita boleh kalahkan raksasa. ;)