20130103

kalau mahu masuk syurga

kalau mahu masuk syurga, awak patut ajak sama

kawan sehingus awak,
kawan sepencil, kawan semeja, kawan sepinggan, kawan katil atas, kawan katil sebelah, kawan pergi berjimba, kawan tidur dalam kelas, kawan diva-diva panas, kawan gelak kejam, kawan suka tiru kerja sekolah, kawan senang, kawan sederhana senang, kawan susah, kawan tinggi, kawan obesiti, kawan comel, kawan terbantut, atau pendek kata; semua.

kalau awak masuk syurga seronok-seronok, kurang umph seronok kalau tak ada makhluk-makhluk separa urban macam kami. ok mungkin syurga ada bidadari, tapi bidadari tak pandai pau snak jagung perasa BBQ awak. nampak tak kelebihan kami disitu.

jadi ajaklah kami-kami ini (yang masih sesat tak jumpa jalan) menari dengan bidadari macam awak.

yang ikhlas,
bakal pelintas titian sirat.