20121225

dia yang disekelilingmu

gadis yang ceria dan setia apabila ditolak-tolak, dijatuhkan, dicalarkan oleh objek-objek hidup disekelilingnya, mungkin dia akan cuba bangun dan tersenyum kembali. fikirnya; 'mereka hanya bergurau' ataupun 'ikatan ini tak akan kuat kalau kita hanya melalui jalan tanpa liku', ataupun 'alah sakitnya hanya sikit kalau nak dibandingkan sayang mereka pada aku'.

tapi,

kalau terlalu kerap dia ditolak, dijatuhkan, dicalar, dicarik-carik, di-tak-endahkan, diketepi, ditinggalkan, dilukakan, diinjak dan sebagainya, dia mungkin akan bangun semula tapi kali ini tanpa senyuman manis seperti asal. dia hanya akan mampu menunduk muka sambil menyembunyi air mata terkilan.

kemudian dia akan berpaling memilih jalan yang lain dan tak akan kembali untuk mereka yang dulu dia fikir sayangkannya.

dia tak akan.
               
p/s; 'jagalah hati mereka disekelilingmu, kerana mungkin itu saja yang dia ada.'