20130205

ini bukan marah

dalam kabut aku berlari
sekencang mungkin menjaukan diri dari realiti
aku ekspresikan baran pada awan-awan
menumbuk kegilaan dalam angin kencang

aku benci kemarahan ini

ia seperti menjadikan aku di luar waras
seperti menjadikan wajah aku sepuluh ganda lebih membengkak
sehingga manusia lalu lalang berbisik sesama mereka perihal aku
membicarakan kehodohan aku kerana marah ini

mereka ketawa

aku mendongkah langit, memaku kaki
meminta pada tuhan
supaya jadikan aku halimunan

agar kemarahan hanya bisa memakan aku dan bukan
manusia sekelilingku.

Allahku, duniaMu kadangkala terlalu pahit.

p/s; sesiapa saja bakal meledak kalau ditipu. tapi takkan sampai mahu bunuh diri disebabkan satu manusia laknat, kan? ayuh, bangkit.