aku malu sebenarnya mahu bercerita tentang aktiviti waktu cuti. senarai impian waktu libur nak bercinta dengan buku jelas merupakan sejenis senarai yang tak boleh pakai. jadi aku hanya mahu jujur disini; aku habiskan sebulan liburan aku dengan cerita-cerita hangul.
walaupun ada sesetengah individu yang merasakan cerita-cerita hangul adalah menggelikan dan tidak realistik tapi aku cuba lihat dari sesi yang putih. apa yang aku dapat simpulkan; seorang hero ataupun heroin tak semestinya mempunyai watak yang baik.
sterotaipnya; watak utama kebiasaannya naif, polos, cantik, kaya dan jujur atau apa-apa lagi ciri positif yang lain. tapi ada pengecualian dimana seorang pendendam boleh jadi watak utama. seorang penipu juga boleh jadi heroin, atau watak utama juga kadangkala seorang yang pentingkan diri.
membawa maksud semua manusia berpeluang menjadi hero dan heroin. dan setiap satu manusia adalah watak utama dalam hidup masing-masing. kau tak perlu jadi kacak dan kaya hanya untuk hidup bahagia dan bergaya macam dalam drama. kau juga tak perlu jadi gadis lemah lembut, cantik dan periang hanya kerana kau mahu pengakhiran yang bahagia macam dalam cerita.
oh semua itu khayalan.
cerita-cerita hangul buat aku menjadi seorang pemerhati manusia. manusia jahat wujud dalam pelbagai bentuk dan latar belakang, tapi kita akan lihat kejahatan mereka sebenarnya berasal atas desakan material, cinta ataupun faktor sekeliling.
jadi aku percaya di sini; manusia jahat asalnya tidak wujud. mereka wujud atas kemahuan diri sendiri. dan manusia baik pula akan wujud dalam diri siapa-siapa sahaja walaupun dalam diri seorang pembunuh. menjadi baik atau jahat sebenarnya adalah pilihan individu itu sendiri. jadi jangan risau kalau kau ditakdirkan tuhan jadi seorang penjahat dunia, kalau kesudahan kau memilih untuk menjadi seorang yang berubah kearah sebaliknya, sesungguhnya kau adalah hero dalam hidup kau sendiri.
menyimpul; membaca atau menonton, dua-dua boleh beri faedah kalau kita sendiri positifkan kesannya. ewah