20130218

mawar

satu hari hujan turun renyai-renyai, kuncup mawar termanggu kesedihan tapi dia memujuk diri;

alhamdulillah, hujan renyai yang berkat. walau tak deras tapi bermanfaat bagi diri aku yang baru hendak bermula.

kerana menerima air siraman hujan yang dikit-dikit, mawar mengembang lambat. setelah lewat semusim berlalu, mawar kini menjadi mawar yang sedang elok mengembang. hujan turun sekali lagi. kali ini deras sedikit.

alhamdullillah, hujan deras sedikit amat menyegarkan. aku semakin kuat dan mengembang. mungkin ini balasan kesabaran aku. berikan aku deras hujan lagi wahai Tuhan.

dikemuncak segarnya kembangan si mawar, dia benar-benar gembira. menggeliat-geliut dia keriangan. dia mahukan hujan yang bersesuaian dengan tubuhnya sekarang. namun hujan yang turun pula terlalu lebat. melukakan kelopaknya, menggugurkan air mata.

tubuhnya hancur. kemudian dia meratap;

tuhan, kalau begini sakitnya deras hujan, berikanlah aku semula renyai-renyai air langitMu. kembangan yang menunggu mekar semusim akhirnya hancur kerana permintaan deras hujanku. duri tamakku menikam kembanganku sendiri.