20130322

sifu part 2

dah genap dua tahun satu bulan dua hari sejak kali terakhir saya jumpa dia. lihat susuk tubuhnya dari belakang saja dah buat saya rasa sayu. seperti mahu putarkan masa kebelakang ke hari dimana saya berdiri di depan mejanya, bertanyakan soalan matematik tambahan, bergaduh mengenai lukisan-lukisan tangen, merungut-rungut soalan fizik.

cuma perjumpaan tadi sedikit kekok disebabkan durasi dua tahun yang berjaya menjarakkan kami. tapi rasa kekok nampaknya kalah pada petah bicara dia. dia masih dia yang dulu, dia yang sentiasa segar dalam membicarakan pendapat, dia yang tak lokek ilmu, dia yang selalu ghairah dalam berkongsi pengalaman.

dia tetap akan jadi dia.

walau tsunami yang mematahkan semangat datang, ribut kata-kata menghina menggila atau gunung berapi penghalang minat meletus, saya masih percaya yang dia tetap akan jadi sesorang yang saya kenal lewat lima tahun dulu.

'abis tu macam mana buat yang ni'

'alahh salahlah ni, kena padam dulu'
       
p/s; kalau aku boleh pilih manusia untuk diikat dan diletak disisi, aku pilih kau.