ahh kecewa.
maaf kawan. aku tahu kau suka baca apa yang aku tulis, dan aku gembira dengan rasa suka kau. tapi maaf kali ini sepertinya aku tak boleh membantu. jadi buat kau yang sepertinya sedang galau hati, aku tak layak nak menulis perkara-perkara motivasi. bak kata zahiril adzim 'nak menulis untuk memotivasi, aku sendiri pun tak termotivasi'.
disimpulkan cerita, banyak perkara yang menjatuhkan semangat sejak dua menjak ni. aku sendiri hampir patah semangat (ah aku memang macam itu jadi jangan ambil pusing sangat). cuma perkara yang membuatkan aku terpukul adalah bila kawan-kawan disekitar aku yang aku percaya sangat kuat semangat pula kini mula menunjukkan simptom-simptom yang sama.
ya, aku yang pada mulanya nak mengalah jadi serba salah kini. kemudian aku mula mengutuk diri sendiri; aku terlalu memikirkan diri aku, amarah aku, kepenatan aku, semangat aku, galau jiwa aku tanpa ambil tahu perihal mereka yang disekeliling. tanpa sedar mereka yang dulu kuat semangat kini mula meluntur.
betapa aku rasa bersalah.
aku memang seseorang yang tak layak berbicara soal penat, soal lelah, soal sibuk apatah lagi soal putus asa. kerana orang yang lebih banyak berkorban dan berkerja pun tak merungut itu dan ini walhal mereka sendiri penat dan lelah dengan segala tekanan dan desakan.
kini mereka yang kuat begitu pula seperti mahu mengalah. sikap tak-endah, kemalasan dan sikap lari-diri aku pencetus rasa mengalah mereka yang dahulunya kuat. aku seperti dipukul kayu hoki di kepala. pukulan yang mengejutkan aku dari tidur dan menjadikan aku waras kembali. ya, aku tak seharusnya berhenti di pertengahan jalan, begitu juga mereka. masih banyak belok dan selekoh yang kami mesti lalui. jadi perjalanan ini tak seharusnya tamat di sini.
dan kalian dengar sini; jangan sekali-kali terlintas kata-kata putus asa. atau aku pula yang bakal balas pukulan kayu hoki di kepala masing-masing nanti. ok?
ayuh aku bersihkan pasir-pasih di seluar akibat jatuh kelmarin lalu bangkit. yang paling penting, aku mahu jalan bersama kalian jadi jangan kalian juga jatuh. bersama melangkah penuh yakin.
p/s; nampak benar kan, susun ayat aku carca marba. ;'I