20130429

pembubaran

malam ini aku mendaki bukit menara budi tanpa hati yang gundah. aku pandang langit dan bentangkan muka. aku depakan tangan dan berlari anak. aku menikmati malam sambil mendaki dengan jiwa senang. aku hayun langkah suka seperti watak heroin sedang gembira dalam drama hangul. senyum penuh jiwa rama-rama.

jam menunjukkan pukul 1.15 pagi waktu mira berhentikan aku depan pagar kolej. selalunya aku merungut-rungut kalau dia tak hantar aku sampai atas, tapi tak hari ini. selalunya juga aku berserabut memikirkan kerja sekolah yang bertimbun tak siap, tapi tak begitu untuk hari ini. secara rasminya malam ini aku gembira.

gembira, gembira, gembira. (lalalala)

sambil jalan mendaki bukit aku pandang langit; mendung berawan. sama sekali tak menggambarkan hati aku. ;)

p/s; semenjak dua ini, melihat universiti malaya dengan embun malam bukan perkara asing. ^^