20130420

malaikat menangis

malaikat menangis di tepi bahuku.
catatan kiri yang makin panjang, kanan yang tak terusik.

hanyut, leka, pesta, mata, maksiat, nafsu.

aku menari-nari dengan lembaga hitam, lembaga hitam jelmaan dosa. kadang-kadang aku takut, sesal dan mahu kembali. tapi kemudian aku hanyut semula. seperti semakin jauh. jauh. jauh. jauh..

lembaga hitam yang semakin besar dan kekenyangan.
malaikat menangis di tepi bahuku.