20130514

bila tun teja berjiwa jebat jatuh motosikal

kelmarin kau jatuh,
jatuh yang bukan sahaja melukai fizikal, malah
menghimpit rasa bersalah.

mungkin jika kau ada tangan penyembuh
gadis yang luka itu sudah disentuh
merebakkan malaikat-malaikat kecil menjahit kulit yang koyak, menyapu air mata sakit.

tapi aku tahu,
tanpa tangan penyembuh pun kau masih boleh merawat
dengan penawar senyuman semanis gula
diserta cermin mata berbingkai tebal yang melorot ke hidung, oh, itu pun sudah cukup menyembuh luka gadis yang lain.

cuma malangnya kau juga sakit, tapi tak dapat pula aku kirimkan malaikat-malaikat
yang termampu hanya doa-doa sejahtera dan dua baris ayat pembangkit semangat,

walau kau manis macam tun teja, tapi kau bukan si teja penurut sultan
sebab darah yang mengalir darah si jebat, jadi aku tahu kau kuat!


p/s; hei cik gadis, jatuh semalam tak mengurangkan manis bergula kau walau sesudu. semoga cepat sembuh.