sebelumnya bola itu hanya biasa, bulat dan statik.
kemudian datang pemain berkasut, menarik hati aku ke kancah permainannya. kadangkala ditendang laju, kemudian disepak perlahan. menjadikan perjalanan hidup hati aku turun naik, dan menarik.
sampai lewat petang, pemain berkasut meninggalkan hati aku di tengah padang. katanya belum sampai masa untuk dia bawa hatiku pulang, kerana aku masih bukan miliknya. mungkinkah esok masih hati aku dipilh sebagai bola? atau dia akan beralih pada bola yang lain?
atau pemain lain yang bakal mengganti, dan bukannya dia?
sementara esok tinggallah bola berlumpur di padang sendirian, kembali menjadi bulat dan statik.
p/s; kembali kejar bola itu dan masukkan dalam gol. |