hari ini seperti selalunya, awan menangis lagi. seflia bernanyi-nyanyi kecil sambil buat ayat simpati dalam hati walaupun dia tahu awan takkan dengar,
kenapa kau suka menangis awan? kau putus cinta ke?
seflia renung awan kelabu pekat selepas dia berteduh di tepi dinding batu bata. dua saat lepas itu akosta berlari seperti mengejar dinding batu bata, walhal dinding batu bata tak lari ke mana. dia yang kekalutan. bunyi 'klecak klecak' kasut akosta jelas didengar. seflia menjeling sambil senyum sumbing.
kaki berendam basah sekarang tak apa, kalau panas berneraka baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
nasib mata seflia sepet jadi bila dia membeliak tak nampak terjojol, dia peluk tubuh kemudian pandang arah lain. akosta pula sengih sumbing, dia dapat rasa seni menyentap dia ada peningkatan. kemudian akosta pandang awan dan meluah,

kemudian, esok dan hari-hari seterusnya seflia dah mula berkasut dan tak berselipar.