20130626

muntahkan semua

aku kira aku yang paling cengeng si kuat nangis, rupa-rupanya dibelakang wajah yang kuat tabah dia sebenarnya pilu. dan tadi dia jatuhkan egonya mengalir air mata depan aku, aku yang pura-pura kuat sudahnya jadi kalah.

kami sama-sama duduk di lobi sambil putarkan kembali gambar-gambar lama. bila saja nampak gambar arwah dia terus mengalir air mata. seperti aku, dia juga rindu. cuma itu airmata pertama yang dia kantoi depan aku selepas arwah meninggal.

aku yang tough suruh dia sabar dan berhenti menangis. -sabarlah memang sudah ajal. kemudian sebagai langkah untuk ceriakan dia semula, aku tunjukkan gambar-gambar kucing kurap kami yang sempat aku tangkap sewaktu pulang rumah ahad kelmarin. malangnya, dia bertambah sebak.

-firdaus dah buang dah semua kucing-kucing, kesian kucing-kucing tah makan tah tidak. 

dari kisah rumah kosong, arwah, abah, sehingga kepada kisah kucing-kucing dia tangiskan. atmosfera bertukar mendung mendadak bila bercerita tentang perkara-perkara itu. pilu.

dan aku, aku cuba belajar untuk berhenti jadi cenggeng. memegang bahunya dan ucapkan kata-kata yang tough agar dia tahu dia boleh berpaut pada anak daranya yang genit ini. sudah tiba masanya aku membiarkan dia mengganti tempat aku yang selalu menangis sembunyi-sembunyi.

ma; muntahkan semua.