lali.
tadi aku jatuh tergolek-golek disebabkan kertas A3 dan jadual-jadual besi, tapi bukan itu jadi penyebab hati aku walang.
aku tak mahu nangis, walau durasi 2 minggu sebenarnya waktu yang singkat untuk ubat hati aku yang masih fobia dengan kehilangan. yang aku tahu hari ini aku perlu kuat. bila abah akan masuk bilik operasi mempertaruhkan nyawanya petang ini tanpa ada aku. abah yang dulunya sentiasa mendoakan setiap peperiksaan aku, dan kini giliran aku kuat untuk dia.
jadi jadual-jadual besi bukan sesuatu yang layak untuk aku tangiskan.
p/s; abah mesti sembuh, kucing-kucing kurap abah dan eyah sayang abah.