20130615

sebulan

*lima, lima
dia pulang
sewaktu tanah malaysia demam
dan kota utama hangat sorak sorai.
not turquoise terakhir disisip ke poket
berbau tuala anak rabit
serta dipenuhi rindu dendam

*lima belas, lima
dia pulang lagi
membuat uji kaji dengan sang kancil
dalam makmal lapang panas terik
tiada not, tiada suara,
yang ada hanya pandangan terakhir
berimejkan tubuh tulang dan bilik kusam

*dua lima, lima
dia tidak pulang
walau diseru dengan nada melankolika
dan diugut dengan cerita sesal

*dua sembilan, lima
dia masih tidak pulang
dia masih tidak pulang,
sedang jasad dia dijelmakan tuhan
dalam baju putih kecil genit
cuba dirangkul dalam sendu serak

*satu, enam
dia pulang,
berenang dengan cairan air hidung
berteleku ditepi katil
mengharapkan keajaiban
dari langit ketujuh.
disaat matahari menyorok, awan menangis.

*lima, enam
roh hanya mampu terkilan
memanggil nama tercinta
dalam teater yang sudah mahu habis
kemudian watak utama duduk berlutut
dengan jiwa racau
dan lampu pentas kini dimalapkan.