20130812

not virgin

dulu fikiran aku suci (?). aku mana percaya manusia akan dibeza-bezakan dengan harta dan kedudukan. kalau A ada mulut, mata, hidung dan telinga jadi B yang juga ada mulut, mata, hidung dan telinga juga ada hak untuk menikmati apa yang A juga nikmati.

tapi fikiran aku sekarang hampir dinyahsucikan. aku jadi jengkel bila kakak polis tengok beg tangan datin D lebih mahal dari beg tangan makcik E jadi kakak polis beri datin D pas masuk wad. aku juga hampir gagal kawal muntah bila doktor V pandang endah tak endah pada pesakitnya yang tak ada apa-apa pangkat dan kelihatan macam pesawah dari kampung. dan dengan leweh doktor V keluarkan iphone 5 milik dia dan telefon doktor bawahan untuk serah kes (aku syak dia anggap pakcik tadi tak mampu beli i-phone macam dia)

kenyataan bahawa doktor V merupakan hasil produk universiti malaya buat aku seribu kali jelek. salah satu contoh mesin yang tak ada sense manusia berjaya tamat universiti dan jadi doktor.