20131213

tauhu sumbat

aku seperti tauhu sumbat yang disumbat-sumbat dengan segala sayur; ada sayur lebihan semalam, ada juga sayur segar padi tadi. tapi kebanyakannya sayur yang dah berlendir. jadinya aku memadat dan hampir pecah. bermula minggu lepas aku berada di satu pulau yang dihuni oleh orang karam kapal, bila mana kami kehabisan bekalan, tenaga dan masa, kami mula bercakaran. ada yang menyesal ikut berkapal bersama, ada yang saling salah menyalah, ada yang cuba baiki bot penyelamat agar kami semua dapat selamat bersama, dan ada juga yang cuba kondem agar kami terus saja terkandas di pulau itu.

tak mengapa, dari situ segala yang tersembunyi sebalik muka dan kulit selama ini semuanya jadi kelihatan, tak tertutup. yang cela mahupun yang tulus.

balik dari kapal karam, aku cuba tenangkan diri dan tidur dalam kabin kapal penyelamat. tenaga aku terhidrat dengan sangat dasyat waktu di pulau dulu. tapi rupanya dalam kabin pun ada sedikit pergolakkan. ini kabin penyelamat yang bergolak. dimana aku juga rupanya turut dikecam sewaktu masa dahulu. membuatkan aku berfikir; manusia memang tak akan pernah sempurna, mereka akan sentiasa berbeza, bercanggah dan bertindakbalas dengan ketidakselesaan yang datang. tapi bergolak macam mana pun, kita tetap satu kapal, hanya kita ada untuk satu sama lain. yang berbeza dengan kita itu hanya seperti angin lalu; tak tinggalkan kesan.

lagipun, kapal sendiri tak mampu belayar tanpa angin.

tapi dari situ juga aku baru aku tahu betapa kurangnya aku; aku yang lemah, aku yang mudah kalah dan aku yang mudah marah. betapa aku berharap, aku bukan begitu untuk esok dan hari-hari seterusnya.

p/s; baik di pulau atau di kabin; pilihlah kita mahu jadi apa? asid, alkali atau peneutralisasi?