20140612

manis

Aku masakkan sebalang puding jagung buat kau, penuh manis. Aku hidang, kau santap dengan perasaan menggula penuh bahagia. Kemudian aku bekalkan air dalam balang yang sama, kau minum dengan teruja tapi sarat rasa cuka epal masam. Kau simbah pada muka aku;

Bodoh, celaka, babi, lahanat, jahanam, gampang!

Kenapa kau hanya mahu yang manis sayang? Sedangkan yang kau balikkan pada muka aku itu penawar. Sebab kau mungkin tak tahu separuh dari balang jagung manis itu racun semata.

Selamat mati.

p/s; dengan segala manis yang hanya merosakkan kau.