20160111

random tahun baru

disebabkan setiap tahun baru yang masuk kita harus berjiwa besar, jadi aku belanja diri sendiri sebuah catatan harian untuk minggu pertama tahun baru;

ee-
lepas aku didiagnos oleh doktor pakar bahwa aku ada penyakit sensitif terhadap habuk, aku ambil keputusan untuk tidur di ruang tamu yang luas yang aku sahih tahap sedikit-bebas-habuknya. tapi kesan dari itu aku kurang tidur dan bangun pagi dengan liat dan tersengguk tika subuh jamaah. yelah, maklumlah apa yang kau boleh harapkan bila tidur di ruang tamu yang penghuninya lebih dari jumlah jari tangan kau. isi rumah yang masih berulit nota periksa tidur lambat dan buat bermacam aktiviti walau dah menjelang dua pagi. aku redhakan saja bila kerap terkejut terbangun dengan suara adik manis menyanyi lagu janam janam.

*tapi isi rumah aku baik dan aku sayang mereka

er-
ada khabar dukacita datang dari pejabat bila kami diarahkan tidak terlepas mesyuarat bersama pengurusan esok pagi. lepas risik punya risik barulah jumpa angin yang mengkhabarkan yang pejabat akan dikecilkan dan satu komponen pejabat akan di-nyah-sewa. maksud paling senang; tempat aku bermalas malas dan mengular sambil akses internet tanpa gangguan akan ditutup! tahlah mungkin Rabb sedang makbulkan doa aku yang sungguh sungguh mahu kerja kuat tapi tak berhasil berfaktor dari godaan terlalu besar. ya, Rabb sedang menjawab doa itu dengan mengecilkan sumber godaan. burphh.

*kamonlah, dengan ekonomi sekarang kecilkan pejabat lebih baik dari pecat pekerja, jadi syukur!

san-
yang ketiaga tiada apa sangat, cuma aku mula membaca dengan konsisten semula. sambil mencicip milo panas dan tunggu jam lapan sebelum aku mula jalan kaki pergi ke tempat korek duit.

kesimpulannya tahun terbaru dari mata seorang yang baru bekerja tiada lain selain kerja-penat-mengular-cuti-dan-haaesokdahkerja.