20160506

hikmah dan hijrah

sebenarnya banyak hikmah disebalik kemalangan rumah dimasuk pencuri yang terjadi isnin minggu lepas di rumah kami. antaranya naei kehilangan laptop (adakah itu rahmat?) dan memerlukan binatang itu untuk meneruskan sisa semester dengan menghantar assignment. lalu aku yang dipenuhi rasa bersalah kerana merupakan salah seorang suspek yang tak menutup pintu rumah selepas keluar telah menawarkan laptop aku untuk dipinjam. lalu berakhirlah segala jadual menonton drama hangul yang telah bermula sejak april, yang pada mulanya ditonton secara tak sengaja lalu akhirnya terjebak dan kecanduan.

ya, malu sebenarnya bila terlalu ketagih dengan hal hal begini yang bagi aku sudah tidak relevan lagi di umur aku untuk terkinja-kinja dan menjerit oppa-oppa-saranghae. dan kecanduan ini menunjukkan aras yang sudah patut dihentikan bila aku mula berkomunikasi dalam bahasa hangul dengan anak buah aku yang berumur 10 bulan.

laman goodreads pun telah merekodkan buku terakhir yang aku baca adalah pada 31 maret, sebulan penuh dipukul fantasi drama asia timur sehingga menjadikan aku tak setia pada buku. walaupun simpati pada naei, tapi rupanya kau adalah rahmat disebalik segala kelaghaan ini.

dan semalam lepas pulang kelas dan berborak satu dua hal dengan naei, dia kemudiannya buka laptop

'kak, jom tengok secret garden'

p/s; berhijrah tak pernah mudah.