dia dilahirkan berbeza
gaya fikirnya
gaya tulisnya
gaya gaulnya
gaya pakainya
apa-apa sajalah tentang dia.
dan dia dituduh pelik
sukar difahami
sukar dingerti
sukar didekati
sukar dikawani
oleh makhluk-makhluk yakin syurga sekalian.
ahh, mereka hanya tak mengerti. meletakkan taraf kepala mereka yang berbeza di bawah selipar. mereka, kami atau dia tak pelik, cuma kau, kau dan kau yang tak boleh menerima orang yang berbeza dari kepelikan diri kau sendiri. ngerti!
hablu minallah hablu minannas.
kalau mahu masuk syurga harus baik kepada kedua-duanya. faham?